Wednesday 7 December 2011

Hujan oh Hujan

Petang ni hujan.
Suasana angin bertiup lembut mendamaikan keresahan hati asyik dok fikir tesis ja....
bila dah hujan mestilah sejuk, bila sejuk badan perlukan selimut untuk memerangkap haba..bila guna selimut mestilah kena baring atas katil, bila baring atas katil mestilah aku tidoq..
oh tidak!!! aku x nak tidoq petang ni.......
macamna aku nk buat supaya aku x tidoq, tetiba plup! lampu idea aku mai, iskhh tekejut aku...lampu berkata-kata kat aku, ang tulis la blog cik noma oit...
nk tulis cmna, aku x dak idea....
oleh kerana nk cari idea, aku pon termenung la punya temenung sampai la aku teringat pada kejadian suatu malam. Dimana adek aku, Udan mesej aku ckp 
kucing kat umah aku bernama Stokin@won bin telah mati. Mak aku a.k.a Dr Hamidah telah mengesahkan yg Stokin mati disebabkan memakan tikus racun...aku pon x taw ada sejenis tikus bernama tikus racun....
Lepas adek aku mesej, esoknya mak aku tepon cerita sama aku pasal kucing mati...
Mak aku cita la pagi tu mak aku nampak Stokin setelah 2 hari dia x balik..
besa la kucing jantan mana nk lekat kat rumah...masa tu mak aku tgk air liur Stokin meleleh kemudiannya mak  aku panggil la Stokin nk  tgk keadaan dia, tp Stokin lari mcm kucing kena sawan..Mak aku terus diselubungi kebimbangan kerna x dapat nk tgk keadaannya dengan lebih lanjut...
Lepas Stokin lari, Mak aku x dapat nk kesan kat mana dia p...Sampai la petang tu dia balik semula tp dlm keadaan yg dah sgt teruk...Adik aku ucuk besaq n ucuk kecik tgkap la Stokin nk tgk....Tp masa tu dia dah teruk.
Yang paling aku rasa syahdu pabila mak aku cita pelbagai usaha telah dilakukan untk selamatkan Stokin tp x berjaya...Sebanyak 6 biji air  nyok(kelapa) telah digunakan untuk mandikan dan bagi Stokin minum..tp akhirnya stokin pergi jua....
Stokin mati juga petang tu dibawah pokok nyok nan sebatang....pokok yg buahnya diambik untuk ubatkan stokin..
Pemergian Stokin diratapi oleh adek aku Udan...mak aku cerita dia menangis teresak-esak....
antara dialoq mak dan udan:

Mak:    Kenapa ngiyau kuat sangat, masa Stokin hidup udan slalu bagi kat Stokin makanan sikit saja, kat Putih udan bagi byk.
Udan:   Udan syg semua kucing udan.(smbil teresak-esak ) dengan air mata meleleh-leleh......
Udan ni sgt la syg akan kucing-kucingnya...terutamanya Si Putih sebb putih ni anak angkat, Udan jumpa masa blik skolah..itulah dia syg sgt...
Mak:    Xpa la Putih ngan Jan Di kan ada lagi
Udan: (senyap ja, teruskan menangis)
pemergian Stokin sgt memberi kesan pada keluarga aku kerna mereka semua sgt sygkan Stokin...Mak aku sendiri meluahkan rasa hatinya pada aku mengatkan sebenarnya dirinya juga sedih atas pemergian Stokin...Mak aku cakap bapak aku pon sedih...adik2 aku yg len pon sedih tp x lah menangis mcm udan....hehe
Aku pon turut serta sedih atas pemergian Stokin, walaupun aku x penah membelainya tp aku slalu ditugaskn  oleh bapak aku bagi dia makan  pada waktunya...
Ni antara gmbar kenangan udan n Tam

No comments:

Post a Comment